AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SARAWAK

 dilihat 3155 kali

Terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Pasar Terbuka Serikin di sempadan Sarawak-Kalimantan, 4 km dari Pekan Bau tersergam Balai Bomba Dan Penyelamat Bau yang juga menempatkan Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Sarawak. Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Sarawak (ABPMS), yang dulu dikenali sebagai Pusat Latihan Bomba Wilayah Sarawak telah mula ditubuhkan di Negeri Sarawak pada bulan Oktober 1982 di Balai Bomba Jalan Padungan, Kuching. Berikutan perkembangan dan keperluan semasa dalam Jabatan Bomba Dan Penyelamat, baik dari segi taktikal mahupun teknologi ABPMS telah mengalami perpindahan ke beberapa tempat bagi penyesuaian dengan kehendak tadi, iaitu di Kota Samarahan dan kemudian di Batu Lintang. Seterusnya pada awal bulan Mac 2010 ABPMS sekali lagi berpindah, dan kali ini ke Balai Bomba Bau, sekitar 50 km dari Pusat Bandaraya Kuching. Dengan keadaan geografi yang agak unik di Balai Bomba Bau, yang berlatarbelakangkan Gunung Taiton dan Gunung Juita, Tasik Biru di sebelah kanan, Gua Fairy di sebelah kiri dan Gua Angin di pinggir Sungai Sarawak Kiri di sebelah hadapan menjadikan Akademi Bomba Sarawak begitu strategik untuk mengadakan pelbagai aktiviti, daripada yang sederhana hinggalah ke tahap ‘hardcore’.

Alamat: Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia, D/A KM4, Jalan Bau - Krokong, Bau Town District, 94000 Sarawak
Telefon Pejabat/Bimbit: 082-762871
Faks: 082-762954
E-mel: abpm-swk.bomba@1govuc.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SARAWAK.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u