INSTITUT LATIHAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

 dilihat 5534 kali

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mula melaksanakan kursus dan latihan untuk pegawai dan kakitangannya pada tahun 1979 di bawah Bahagian Latihan, Jabatan Personel (kini Jabatan Pengurusan Sumber Manusia). Kursus-kursus yang dilaksanakan di peringkat awal adalah berkaitan dengan bidang penguatkuasaan dan sistem kerja jabatan-jabatan di DBKL. Pada 1 Jun 1982, sebuah bangunan Institut Latihan DBKL (IDB) telah dibina dan beroperasi di Jalan Kepong, Jinjang tetapi kemudiannya telah berpindah ke Jalan Yaacob Latif (Jalan Tenteram), Bandar Tun Razak, Cheras. Selaras dengan pertambahan pegawai dan kakitangan serta keperluan latihan dalam pelbagai bidang, sebuah pusat latihan baru telah siap dibina pada 1 Julai 2011 di lokasi yang sama dan beroperasi bagi melatih pegawai dan kakitangan DBKL termasuk kakitangan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain serta penglibatan dalam program antarabangsa. IDB juga beriltizam merancang, mengurus dan melaksana program latihan yang berkualiti, bersistematik dan responsif berteraskan best practices bagi menghasilkan warga kerja bandaraya yang cekap, berpengetahuan, berkemahiran dan kompetetif dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan DBKL.

Alamat: No. 19 Jalan Yaacob Latif (Jalan Tenteram) Bandar Tun Razak
Telefon Pejabat/Bimbit: 0391314003
Faks: 0391314005
E-mel: dbkl@dbkl.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT LATIHAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u