Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia. FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 bagi tujuan menyelia, menyelaras, mengawalselia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan. Institut Latihan FAMA atau ILF yang bercirikan resort menjanjikan satu kepuasan dalam mengendalikan program latihan, kursus, bengkel, konvensyen, hari keluarga dan juga sesuai untuk percutian anda. Kedudukan di tepi pantai dengan kelengkapan dan prasarana yang terbaik serta landskap yang menarik, kami adunkan untuk disediakan kepada anda. Suasana desa selatan Port Dickson. Perjalanan sejauh 20 km ke selatan dari pekan Port Dickson adalah kedudukan yang amat sesuai untuk disinggahi.
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT LATIHAN FAMA.
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.