Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra ialah sebuah institut latihan kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Institut ini menawarkan latihan kemahiran secara sepenuh masa kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah yang berminat untuk menceburi kerjaya dalam bidang teknikal. Kursus sepenuh masa yang dijalankan di ILP Jitra adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia antara 17 tahun hingga 40 tahun. Pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai setiap tahun. Iklan mengenai pengambilan pelajar biasanya dikeluarkan di akhbar utama tempatan pada bulan Mac dan September. Tempoh kursus ialah di antara 18 bulan sehingga 30 bulan bergantung kepada bidang yang dipelajari. Pelajar yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan sijil oleh Jabatan Tenaga Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Suruhanya Tenaga (bagi kursus pendawaian elektrik).
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) JITRA.
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.