INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)

 dilihat 5006 kali

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merupakan antara institusi terulung dalam penyelidikan perhutanan tropika, dalam dan luar negara. Diasaskan oleh seorang saintis perhutanan berbangsa British pada tahun 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) merupakan institusi penyelidikan perhutanan terawal di Malaysia dengan Dr. W. Foxworthy sebagai ketua pegawai penyelidiknya yang pertama. FRIM kemudiannya menjadi sebuah badan berkanun di bawah Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia pada tahun 1985 dan diletakkan di bawah Kementerian Perusahan Utama sebelum berpindah ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada tahun 2004. Terletak di Kepong sejauh 16 km barat laut Kuala Lumpur dengan keluasan 544.3 hektar, ia di kelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong. (Institut ini juga telah dinobatkan sebagai mempunyai sistem pengurusan yang berkualiti MS ISO 9001:2008) dan diketuai oleh Ketua Pengarah Dato’ Dr. Abdul Latif Mohmod. FRIM menggalakkan pengurusan secara berkekalan dan penggunaan optimum sumber-sumber hutan dengan menjana pengetahuan dan teknologi melalui penyelidikan, pembangunan dan aplikasi. Kepakaran kakitangannya dalam pelbagai bidang serta keupayaan memenangi anugerah penyelidikan dan kerjasama di peringkat antarabangsa telah membolehkan FRIM menempah nama dalam bidang perhutanan tropika. Terdapat lima bahagian penyelidikan di FRIM iaitu Bahagian penyelidikan adalah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Bahagian Bioteknologi Hutan, Bahagian Biodiversiti Hutan, Bahagian Hasilan Semulajadi dan Bahagian Keluaran Hutan. Bahagian Perhutanan menyediakan data, standard dan garis panduan untuk mengurus hutan asli secara berkekalan. Bahagian Pembangunan Produk pula bertumpu kepada perkembangan industri perhutanan, manakala Bahagian Bioteknologi bertanggung jawab untuk menghasilkan bahan tanaman baru melalui kejuruteraan genetik. Antara servis yang disediakan di Institut ini ialah arboretum yang menjadi rujukan dalam pendidikan perhutanan, herbarium yang dibangunkan pada tahun 1908 dengan koleksi melebihi 200,000 spesimen, kursus latihan yang meliputi bidang landskap sehingga ke pengenalan kayu, pembuatan produk rotan dan buluh, nurseri pokok, perpustakaan dan kemudahan mengendalikan seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Institut ini juga menawarkan pelbagai kemudahan untuk penyelidikan, termasuk mengurus 7 stesen penyelidikan yang mewakili hutan-hutan tertentu di pelbagai lokasi di seluruh negara. Pakej melawat hutan yang ditawarkan memberi peluang untuk aktiviti luar seperti rekreasi dan pendidikan umum. FRIM turut merupakan lokasi yang begitu popular kepada mereka yang gemar berkelah, berlari, berbasikal, di samping pelancong serta mereka yang mengkaji alam semula jadi. Tidak ketinggalan, FRIM juga terkenal sebagai tempat untuk mengadakan hari keluarga, pertandingan mencari harta karun, berkhemah, meninjau burung, menjelajah hutan dan sesi fotografi. Tempat yang pada mulanya merupakan sebuah kawasan terbiar lama bekas perlombongan, yang kemudiannya bertukar menjadi kebun sayur, kini merupakan satu destinasi hutan yang bebas daripada pencemaran, dengan udara yang lebih sejuk dan nyaman.

Alamat: INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM)
Telefon Pejabat/Bimbit: 0362797562
Faks: 0362731073
E-mel: rosmaniza@frim.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM).



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u