Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas (KKTM Pasir Mas) mula dibina pada tahun 1998 dan siap beroperasi pada Januari 2000 dengan nama Institut Kemahiran MARA Pasir Mas (IKM Pasir Mas). Pembinaannya mengambil masa 2 tahun menggunakan perbelanjaan Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7). Ianya dibina di atas tanah yang mempunyai keluasan 38 ekar dan kedudukannya adalah kira-kira 8 kilometer dari Bandar Pasir Mas. Pengambilan pertama pelajar seramai 100 orang dibuat pada bulan April 2000. Institusi ini merupakan IKM pertama yang menawarkan jurusan di peringkat Diploma Teknologi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Nama Institut Kemahiran MARA Pasir Mas (IKM Pasir Mas) ditukar kepada nama Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas (KKTM Pasir Mas) pada tahun 2004 dan menawarkan program Diploma MARA sepenuhnya mulai sesi Julai 2004
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PASIR MAS.
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.