KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT

 dilihat 8130 kali

Kami menawarkan dua jenis kursus, iaitu Kursus Pendek dan kursus sepenuh masa SIJIL MODULAR KEBANGSAAN Kursus pendek yang kami tawarkan adalah dalam bidang-bidang kemahiran yang diperlukan oleh komuniti seperti Membuat Kek, Menjahit Langsir, Masakan Frozen Food, Sulaman Pakaian, Asas Sevis Kenderaan, Gunting Rambut, Asas Applikasi Komputer, dan lain-lain. Jadual kursus adalah sentiasa berubah dan jenis kursus juga adalah tertakluk kepada pengurusan sesebuah kolej komuniti. Kursus Sijil Modular pula adalah kursus sepenuh masa yang ditawarkan oleh kolej komuniti kepada sesiapa sahaja ahli komuniti yang berminat untuk mempelajari kemahiran dan latihan dalam bidang-bidang seperti penyaman udara, pastri, jahitan dan fesyen, pelukis pelan, perakaunan perniagaan , pelancongan, dan lain-lain. Walaupun kursus SMK ini lebih banyak diambil oleh remaja lepasan sekolah menengah namun kami juga mendapat kemasukan daripada bakal-bakal pesara tentera, polis, dan pekerja-pekerja syarikat kecil. Kursus SMK berjalan diantara 3 bulan hingga 6 bulan, dan ahli komuniti perlu melihat dahulu senarai bidang SMK yang ditawarkan di sesebuah kolej komuniti kerana jenis kursus yang ditawarkan adalah tertakluk kepada lokasi kolej komuniti.

Alamat: JALAN SULTAN SULEIMAN SHAH, JUGRA
Telefon Pejabat/Bimbit: 0331202030
Faks: 0331202080
E-mel: nurjaja2@yahoo.com
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u