Politeknik Kota Kinabalu (PKK) ditubuhkan pada 1 Mac 1996 di kampus sementara di Sekolah Menengah Vokasional, Likas dan sebuah bangunan sewaan di Inanam pada tahun 1999.Pada 1 September 2003, PKK telah mula beroperasi sepenuhnya di kampus tetap di kawasan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP). Kampus ini ditempatkan di tanah seluas 108 ekar dan boleh menampung pelajar seramai 5000 orang.Bermula sesi Disember 2010 Kampus PKK Cawangan Telipok telah mula beroperasi di bangunan sewaan yang terletak di Synergy Square, Telipok. Kampus cawangan ini menempatkan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.Politeknik Kota Kinabalu ini merupakan politeknik yang ketujuh di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekarang ini, politeknik adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.