POLITEKNIK MUKAH SARAWAK

 dilihat 5299 kali

Politeknik Mukah (PMU) terletak di Mukah yang merupakan wilayah tengah Sarawak. Merupakan politeknik yang ke-20 di Malaysia, PMU adalah politeknik ketiga di Borneo selepas Politeknik Kuching Sarawak dan Politeknik Kota Kinabalu. Kampus PMU dibina di atas tapak seluas 100 ekar dan dilengkapi dengan infrastruktur moden serta kemudahan pendidikan yang terkini. Operasi pertama PMU bermula di Sekolah Menengah Teknik Sibu pada tahun 2004. Pengambilan pelajar pertama adalah pada sesi Julai 2005 dengan kursus perintis seperti Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Kejuruteraan Awam dan Sijil Pengajian Perniagaan. Penawaran kursus bertambah setahun kemudian di mana kursus peringkat Diploma turut ditawarkan oleh kesemua lima jabatan akademik utama. Lima jabatan akademik utama tersebut adalah; Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) Jabatan Perdagangan (JP) Penawaran modul/subjek umum, Sains dan Matematik pula ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Am (JPA) dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK). Selain kursus-kursus sepenuh masa, PMU turut menawarkan kursus jangka pendek yang dibuka kepada orang awam dan masyarakat setempat di bawah program Penswastaan Sektor Masa (Time Sector Privatisation - TSP). Program ini menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan komuniti setempat. Melalui program sebegini, adalah diharapkan penubuhan PMU di Mukah dapat membantu komuniti setempat meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kompetensi atau mendapatkan pengetahuan/kemahiran baharu.
Alamat: KM 7.5 JALAN OYA
Telefon Pejabat/Bimbit: 084874001
Faks: 084874005
E-mel: webmaster@pmu.edu.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi POLITEKNIK MUKAH SARAWAK.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u