PUSAT BIMBINGAN USAHAWAN (PBU) PAGOH (HASILAN BUAH-BUAHAN)

 dilihat 2630 kali

PENGENALAN Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa, poduk-produk berasaskan buah-buahan dan makanan ringan. PELAKSANAAN Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan. Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian. PENGAMBILAN PESERTA Pengambilan peserta dibuat setahun sekali. TEMPOH KURSUS Jangkamasa kursus ialah selama enam (6) bulan secara sepenuh masa. KEMUDAHAN DISEDIAKAN Tempat tinggal sepanjang tempoh kursus
Alamat: KOMPLEKS BIMBINGAN USAHAWAN TANI PAGOH, KM 25, JALAN PAGOH,
Telefon Pejabat/Bimbit: 069737804
Faks: 069737805
E-mel: kbutp.2011@gmail.com
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi PUSAT BIMBINGAN USAHAWAN (PBU) PAGOH (HASILAN BUAH-BUAHAN).



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u