AKADEMI MARITIM SULTAN AHMAD SHAH (AMSAS)

 dilihat 1801 kali

AMSAS telah ditubuhkan bagi menjalankan fungsi dan kuasa Agensi sejajar dengan peruntukkan undang-undang seperti yang termaktub di Bahagian III Seksyen 6 (1) (g) Akta APMM 2004 (Akta 633) iaitu Menubuhkan Dan Menguruskan Institusi Maritim Bagi Latihan Pegawai Agensi. AMSAS telah melatih staf APMM bermula pada April 2005, di sebuah blok bangunan kediaman pelatih yang dipinjamkan sementara oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Pada 24 Julai 2007, PPL APMM berpindah ke Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Pada 1 Ogos 2011, PPL APMM telah berpindah dari bangunan sementara di Bandar Indera Mahkota, Kuantan keAMSAS Gebeng. PPL APMM yang baru dibina ini berupaya menampung dan melatih lebih ramai warga APMM disamping lokasinya yang strategik. Ianya dibina di atas keluasan 200 ekar yang mempunyai infrastruktur dan kemudahan pembelajaran yang mencukupi berupaya meningkatkan keupayaan PPL APMM. Pada 2 Mac 2013 AMSAS telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang dan menukar PPL APMM kepada Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS). AMSAS yang serba lengkap ini berupaya melatih kursus asas kepada staf baru APMM, kursus-kursus lanjutan yang bersesuaian termasuk latihan maritim di rantau ini di masa hadapan.

 

 

Alamat: 26100 Sungai Ular, Gebeng. Kuantan. Pahang
Telefon Pejabat/Bimbit: 6095865244
Faks: 6095865245
E-mel: amsasmtc@mmea.gov.my
:
:
 
 

  • Kolam Renang
  • Internet
  • Parking
  • WiFi Percuma
  • Sesuai untuk Majlis
  • Penghawa Dingin
  • Kawasan Selamat
  • Projektor
  • Lampu Limpah
  • Pentas

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi AKADEMI MARITIM SULTAN AHMAD SHAH (AMSAS).



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.






Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2019
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u