PUSAT LATIHAN KEMAS MELAKA

 dilihat 5401 kali

Pusat Latihan KEMAS Melaka dibina pada tahun 1961 di atas tanah seluas 3 ekar 2 kaki. Ianya telah dirasmikan pada 15 Jun 1963 oleh Tun Abdul Ghafar bin Baba iaitu Ketua Menteri Melaka ketika itu. Pusat Latihan KEMAS Melaka asalnya dikenali dengan nama Taman Asuhan RIDA dibawah Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

Pusat ini terletak di kawasan perumahan sederhana yang boleh dihubungi dalam jarak 6 km dari Pusat Bandar. Perjalanan dari Pusat Bandar mengambil masa lebih kurang 10 -15 minit menggunakan kenderaan awam. Pusat ini berfungsi sebagai Institusi Latihan yang menjalankan latihan pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan dan secara langsung diletakkan di bawah pentadbiran bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya Ibu Pejabat KEMAS Putrajaya.

Tenaga pekerja terdiri seramai 20 orang, seorang Pengetua, seorang Ketua  Pembantu Tadbir, seorang Jurulatih Kanan, seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), seorang Pembantu Tadbir (Kewangan), empat orang Jurulatih, seorang Penyelia Asrama, dua orang Pembantu Penyediaan Makanan, seorang Pembantu Operasi, dua orang Pemandu, dua orang Pembantu Rendah Awam, seorang Pemaju Masyarakat Pusat Sumber dan dua orang Pemaju Masyarakat Literasi Komputer.

 

Alamat: Jalan Melor, Bukit Baru, 75150 Melaka. No. Tel : 06-2824514 No. Faks : 06-2816827
Telefon Pejabat/Bimbit: 062824514
Faks: 062816827
E-mel: shikin@kemas.gov.my; sharmila@kemas.gov.my;
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi PUSAT LATIHAN KEMAS MELAKA.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u