Soalan Lazim


UMUM

Apakah Projek MyTC?

Projek Tempahan Fasiliti Kerajaan (MyTC) adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan membolehkan orang ramai menempah fasiliti kerajaan yang ditawarkan. Projek MyTC juga bertujuan untuk mengoptimakan penggunaan semua kemudahan latihan yang sedia ada di Institut Latihan Awam (ILA), Kementerian dan agensi Kerajaan yang telah dikenalpasti serta membantu Kerajaan dalam membuat keputusan strategik berkaitan penggunaan ILA.

top ^

Siapakah peneraju dan rakan strategik Projek MyTC?

Projek Sistem Tempahan Fasiliti Kerajaan (MyTC) diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersama dengan rakan-rakan strategik iaitu Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLK), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan 1M4U (1 Malaysia for Youth).

top ^

Apakah terdapat syarat-syarat untuk bekerjasama antara pihak Swasta dengan Portal MyTC?

Tiada sebarang syarat dikenakan untuk mendaftar di Portal MyTC. Pengguna Portal MyTC boleh membuat carian dan tempahan fasiliti dan kursus yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam (ILA). Sekiranya tuan/puan memerlukan fasiliti untuk menjalankan latihan, tuan/puan boleh menempah fasiliti yang ditawarkan oleh ILA berkenaan.

top ^

Adakah pihak MyTC sediakan dana untuk kos sesuatu program dijalankan seperti kos tenaga pengajar dan penggunaan bahan?

Buat masa ini, MyTC tidak ada menyediakan sebarang dana untuk sesuatu program

top ^

PENGURUSAN FASILITI

Adakah Tempahan dan Penggunaan kemudahan yang disediakan seperti dewan kuliah dan bengkel percuma atau perlu dibayar?

Tempahan dan penggunaan fasiliti (spt Dewan Kuliah dan Bengkel) boleh dilakukan jika ianya available pada tarikh tersebut. Bayaran penggunaan fasiliti ditetapkan oleh Institut Latihan Awam (ILA)/Agensi masing-masing. Ketetapan kadar bayaran adalah berbeza-beza di kalangan ILA/Agensi.

top ^

Berapakah kadar bayaran penggunaan fasiliti?

Kadar bayaran penggunaan fasiliti adalah ditetapkan oleh Institut Latihan Awam (ILA)/Agensi masing-masing.

top ^

Bagaimana untuk saya menghubungi Portal MyTC

Anda boleh hubungi:

Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 Putrajaya, Malaysia.

Tel: 603-8000 8000
Faks: 603-8000 8000
E-mel: 80008000@1mocc.gov.my

top ^



Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u