Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang ditubuhkan di bawah Jabatan Tenaga Manusia bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan sekolah bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran di dalam bidang tertentu. Institut ini telah disiapkan pada bulan Disember 2004 dengan dilengkapi kemudahan peralatan dan teknologi yang moden dan terkini. Bengkel ini dapat menampung seramai 600 orang pelajar pada satu-satu masa. Selain daripada itu, bengkel ini juga mengendalikan kursus-kursus separuh masa berbentuk Modular dan Customised bagi memenuhi keperluan industri. Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas telah disempurnakan perasmiannya oleh Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi pada 2004. Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas terletak 6 km dari pekan Kepala Batas. Dengan keluasan 52 ekar, Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas telah memulakan operasinya pada tarikh yang sama dengan majlis penyerahan kunci projek iaitu pada 13 April 2004. Institut ini menawarkan 6 bidang kursus iaitu Sistem Komputer, Juruelektrik, Instrumen (Kawalan Proses), Elektronik Perindustrian, Telekomunikasi dan Penyejukbekuan & Penyamanan Udara. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan latihan kemahiran dan melahirkan tenaga kerja mahir negara. Selain daripada itu, sukatan pembelajaran bagi setiap kursus sentiasa dikemas kini dan dilengkapi dengan teknologi serta peralatan yang selaras dengan keperluan industri semasa. Tenaga pensyarah yang bertanggungjawab untuk mengendalikan program latihan kemahiran ini adalah terdiri daripada kalangan pensyarah yang merupakan pemegang Ijazah dan Diploma Kejuruteraan yang terlatih serta berpengalaman.
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) KEPALA BATAS.
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.