Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, Melaka adalah salah sebuah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM). ILP Selandar ditubuhkan pada 14 Mei 2004. Ia dibina di bawah Rancangan Malaysia ke 8 (RMK8) di Lot 1468 Mukim Selandar, Jasin dan mempunyai keluasan 50 ekar. ILP Selandar terletak berhampiran pekan Selandar, 40km daripada pusat bandar Melaka dan 25km dari Plaza Tol Jasin. ILP Selandar berupaya menempatkan seramai 600 orang pelajar dan 76 orang kakitangan. ILP Selandar menumpukan pengkhususan dalam bidang latihan Teknologi Maklumat dan Teknologi Mekanikal. Kursus-kursus yang ditawarkan di ILP Selandar ialah F01 - Teknologi Komputer (Sistem) F02 - Teknologi Komputer (Rangkaian) F04 - Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) F05 - Teknologi Perisian (Multimedia) A12 - Rekabentuk Produk Industri A15 - CADD Mekanikal
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) SELANDAR.
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.