Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) ditubuhkan pada 1 Mei 1998, berikutan arahan daripada Jemaah Menteri pada 9 Julai 1997. Pada ketika itu, INSTUN terletak di bawah Pengurusan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK). Dengan tertubuhnya institut ini, maka tugas melatih yang duhulunya dijalankan oleh Seksyen Latihan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JJKPTG) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dikendalikan sepenuhnya oleh INSTUN. Pada tahun 2004, INSTUN diletakkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). INSTUN merupakan satu-satunya institusi latihan tunggal di Malaysia yang telah diberi mandat serta tanggungjawab untuk melatih kakitangan yang terlibat dalam urusan pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan.
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN).
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.