SEJARAH IKM Lumut mula beroperasi pada tahun 1977. Ianya telah dirasmikan oleh Y.B tuan Hj. Abu Manan bin Othman P.P.T, Menteri Perusahaan Malaysia pada 23 Jun 1979. Pada peringkat awal terdapat hanya tiga jurusan sahaja yang dijalankan di IKM Lumut ini. Kursus-kursus tersebut adalah seperti berikut :- 1. Kimpalan Gas Arka - 15 orang pelatih 2. Pemesinan Am - 15 orang pelatih 3. Elektrik - 15 orang pelatih LOKASI DAN KELUASAN TAPAK Kedudukan IKM Lumut terletak di Bandar Seri Manjung. Ianya berada dikawasan penempatan Pejabat-Pejabat Kerajaan Daerah Manjung. Keluasan tapak adalah seluas 46 ekar. ORGANISASI IKM LUMUT Institut ini ditadbirkan oleh jawatankuasa Pengurusan yang dianggotai oleh Pengetua dan ahlinya terdiri Penolong Pengetua HEA, Penolong Pengetua KPHP, Penolong Pegawai Tadbir Kanan dan Ketua-Ketua Kursus. Bahagian pentadbiran dikawalselia oleh Penolong Pengetua KPHP dan bahagian akademik dikawalselia oleh Penolong Pengetua HEA. Institut ini juga telah mewujudkan Unit kaunseling yang dikawalselia oleh Pegawai Kaunseling Kerjaya. BILANGAN STAF IKM Lumut adalah IKM yang kedua terbesar di Malaysia dengan dianggotai seramai 245 orang staf. Bilangan staf mengikut kedudukan tugas adalah seperti berikut :- Staf Pentadbiran - 36 orang Tenaga Pengajar - 195 orang Juruteknik - 14 orang Jumlah 245 orang
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT KEMAHIRAN MARA LUMUT.
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.