Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang terletak di Bukit Coombe, Gelugor, Pulau Pinang. Institut ini telah ditubuhkan pada tahun 1954 di Kota Bharu, Kelantan dan berpindah pada tahun yang sama ke Pulau Pinang. Pada mulanya institut ini dikenali sebagai Penang Teachers’ Training College dan kemudiannya diberikan nama Malayan Teacher Training College (MTTC). Pada 1 Januari 1957, MTTC ditukarkan kepada Malayan Teachers’ College (MTC) atau Maktab Perguruan Persekutuan. MTC dirasmikan pada 14 Mei 1959 oleh Dato’ Abdul Razak, Pemangku Perdana Menteri. Pada 11 Mei 2006, institut ini bersama-sama dengan institut perguruan lain di seluruh negara dinaik taraf menjadi institut pendidikan guru dan namanya ditukar menjadi Instituit Perguruan Persekutuan. Mulai tahun 2009, institut ini mula dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. IPG berfungsi untuk memastikan latihan perguruan dapat menjamin tahap kompetensi profesionalisme guru yang ditetapkan oleh SGM tercapai. IPG Kampus Pulau Pinang bertanggungjawab bagi memantapkan 4 bidang yang berkaitan dengan latihan keguruan iaitu Pengetahuan, Perwatakan, Penyelidikan dan Penerbitan. Setiap bidang mengandungi beberapa pengisian untuk dilaksanakan berdasarkan piawaian dan objektif serta matlamat yang akan menuju ke arah kecemerlangan berpaksikan agama dan nilai murni. Bidang utama yang menjadi pengkhususan Institut ini ialah Sains dan Matematik. Walau bagaimanapun terdapat juga bidang-bidang lain yang menjadi mata pelajaran pengkhususan di institut ini. Antaranya ialah bidang Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Moral, Muzik, Pendidikan Agama, Pendidikan Pemulihan dan Kajian Sosial
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG.
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.