IPG KampusTuanku Bainun, Mengkuang, Bukit Mertajam siap sepenuhnya pada awal tahun 1993. Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) telah digunakan bagi mengantikan nama Maktab selaras dengan dasar Kerajaan yang menikkan taraf maktab-makatab perguruan di negara ini menjadi Institut mulai bulan April 2006. Keluasan kampus ini adalah 66.38 ekar dan kos pembinaannya ialah RM 38 juta. Kampus institut ini merupakan antara kampus yang termoden dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kakitangan dan guru pelatih. Majlis perasmian institut ini telah disempurnakan oleh Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun pada 18 April 1994. Perasmian institut ini merupakan hari bersejarah dan ianya telah dihadiri oleh tokoh-tokoh seperti Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Menteri Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengetua Maktab Perguruan dari seluruh Malaysia pada masa itu. Antara kemudahan yang dimiliki oleh kampus ini termasuklah sebuah dewan perhimpunan yang boleh menampung 1,000 orang, astaka sukan yang mengandungi satu padang bola sepak dan trek larian 400 meter, gimnasium, gelanggang sukan terbuka, 5 blok asrama, surau, kuarters dan rumah kakitangan, kafetaria, kantin, Pusat Sumber, bangunan prasekolah, 2 buah dewan kuliah, 3 blok akademik dan bengkel.
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN.
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.