INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS SABAH (INTAN SABAH)

 dilihat 9317 kali

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Sabah adalah sebuah pusat latihan awam yang terletak di Jalan Sulaman, Tuaran. Kampus ini direka bentuk dengan mengambil kira elemen-elemen seperti mesra pelanggan, mengekalkan keindahan alam semulajadi dan menerapkan seni bina tempatan. Ia mempunyai lima (5) komponen utama iaitu Blok Pentadbiran dan Akademik, Surau, Asrama Penginapan, Kemudahan Sukan/Riadah dan Kuarters. Kesemua bangunan utama dihubungkan di antara satu sama lain untuk memudahkan pergerakan warga INTAN Sabah dan juga para peserta kursus.

INTAN Kampus Sabah menawarkan pelbagai jenis kursus kearah meningkatkan tahap kompetensi penjawat awam seperti kursus berkaitan pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, kepimpinan, pengurusan kualiti dan teknologi maklumat. Disamping itu, INTAN Kampus Sabah juga memberikan perkhidmatan konsultasi, khidmat nasihat, penyelidikan serta penganjuran program seminar dan bicara eksekutif.

Kursus-kursus yang ditawarkan di INTAN Kampus Sabah adalah untuk jangka masa pendek iaitu selama tiga hingga lima hari sahaja. Sasaran utama peserta adalah terdiri daripada penjawat awam perkhimatan negeri dan persekutuan terutamanya yang bertugas di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Alamat: Jalan Sulaman Tuaran Beg Berkunci 2080
Telefon Pejabat/Bimbit: 088483500
Faks: 088473651
E-mel: 1mtc@intansabah.intan.my
:
:
 
 

  • Khidmat Bilik
  • TV
  • Internet
  • Parking
  • WiFi Percuma
  • Mesin Basuh/Pengering
  • Penghawa Dingin
  • Taman Permainan
  • Pusat Kecergasan
  • Kawasan Selamat
  • Projektor

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS SABAH (INTAN SABAH).



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2025
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Bangunan MKN Embassy Techzone Blok B,
No. 3200 Jalan Teknorat 2 63000 Cyberjaya,
Sepang Selangor Darul Ehsan.

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: mytc@jdn.gov.my
Peneraju Projek
Jabatan Digital Negara  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u