Pusat Latihan KEMAS Melaka dibina pada tahun 1961 di atas tanah seluas 3 ekar 2 kaki. Ianya telah dirasmikan pada 15 Jun 1963 oleh Tun Abdul Ghafar bin Baba iaitu Ketua Menteri Melaka ketika itu. Pusat Latihan KEMAS Melaka asalnya dikenali dengan nama Taman Asuhan RIDA dibawah Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.
Pusat ini terletak di kawasan perumahan sederhana yang boleh dihubungi dalam jarak 6 km dari Pusat Bandar. Perjalanan dari Pusat Bandar mengambil masa lebih kurang 10 -15 minit menggunakan kenderaan awam. Pusat ini berfungsi sebagai Institusi Latihan yang menjalankan latihan pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan dan secara langsung diletakkan di bawah pentadbiran bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional, Putrajaya.
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi PUSAT LATIHAN KEMAS MELAKA.
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.