INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) KINARUT

 dilihat 14993 kali

Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut adalah sebuah Institusi Latihan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. IKBN Kinarut adalah sebuah Institut latihan Kerajaan yang berfungsi untuk melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional untuk melahirkan pekerja mahir dan separuh mahir bagi keperluan sektor perindustrian Negara. IKBN Kinarut mula dibina pada 8 Ogos 2000 di kawasan Kinarut dalam Daerah Papar yang mempunyai keluasan sebanyak 30 hektar dan terletak kira-kira 20 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Mula beroperasi pada 17 Januari 2003 dengan anggaran kapasiti penuh pelajar seramai 700 orang. IKBN Kinarut yang melibatkan kos RM 60 juta ini membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak peluang latihan kemahiran kepada belia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional selaras dengan keperluan tenaga mahir. IKBN Kinarut menawarkan 3 bidang utama yang melibatkan 8 jurusan kemahiran. IKBN ini menjalankan konsep latihan kemahiran yang terdiri daripada 80% latihan kemahiran dan 20% latihan bina insan. Konsep latihan kemahiran memberi penekanan kepada 70% latihan amali dan 30% latihan teori. Pelaksanaan bina insan pula merangkumi aspek kerohanian, kepimpinan, kemasyarakatan, keusahawanan, ketatanegaraan dan latihan kawad kaki. Prinsip “Profesional terunggul” menjadi amalan latihan agar IKBN Kinarut menjadi pusat latihan yang dapat menghasilkan belia yang berkemahiran tinggi sejajar dengan hala tuju Malaysia menuju ke arah Negara maju 2020.

Alamat: W.D.T 16, JALAN LIMAU-LIMAUAN, 89609 PAPAR, SABAH.
Telefon Pejabat/Bimbit: 088755929
Faks: 088755296
E-mel: ikbn_kinarut@kbs.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • Parking
  • Sesuai untuk Majlis
  • Penghawa Dingin
  • Taman Permainan
  • Pusat Kecergasan

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) KINARUT.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2025
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Bangunan MKN Embassy Techzone Blok B,
No. 3200 Jalan Teknorat 2 63000 Cyberjaya,
Sepang Selangor Darul Ehsan.

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: mytc@jdn.gov.my
Peneraju Projek
Jabatan Digital Negara  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u