INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) KOTA KINABALU

 dilihat 19752 kali

Pengenalan Sejarah dan Latarbelakang ILP Kota Kinabalu Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu atau ringkasnya ILPKK adalah sebuah institut di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. ILPKK merupakan lokasi institut yang strategik kerana terletak di dalam kawasan Taman Industri Kota Kinabalu (KKIP) yang sedang pesat membangun dan terletak kira-kira 21 kilometer dari Pusat Bandaraya Kota Kinabalu. ILPKK dibina pada 13 April 1999 yang mempunyai keluasan 36,997.24 meter persegi yang terletak bersebelahan dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Institut Kemahiran Mara (IKM). Pembinaan ILPKK siap sepenuhnya pada 12 Oktober 2000 manakala pegawai-pegawai mula bertugas pada 15 Ogos 2000. Institut ini mula beroperasi pada Januari 2001 dengan mengambil 111 orang pelajar perintis. Kursus yang ditawarkan pada peringkat permulaan adalah, CADD Senibina, CADD Mekanikal dan Teknologi Elektronik Industri. Namun pada hari ini, ILPKK telah menawarkan beberapa kursus baru Juruelektrik, Teknologi Mekatronik, Penjaga Jentera Elektrik, Teknologi Mekanik Industri, Teknologi Pemesinan CNC, Teknologi Automotif, Pemasangan Paip Gas, Teknologi Rekabentuk Produk Industri dan Teknologi Komputer Sistem. Setelah 2 tahun beroperasi ILPKK telah dirasmikan pada 11 Januari 2003 yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dato’ Tham Nyip Shen sebagai wakil Ketua Menteri Sabah, Dato’ Chong Kah Kit. Di mana perasmian julung-julung kalinya itu dibuat secara serentak dengan 9 buah Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia yang lain selarah dengan Rancangan Malaysia ke-7 yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu iaitu, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan YAB Dato’ Seri Ali Hj. Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. ILPKK juga berjaya melahirkan 2 orang pelajar yang mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa iaitu En. Domeki Pilim selaku wakil pertandingan 37th Worldskills Competition 2003 di Helsinki, Finland dalam Bidang CADD Mekanikal dan En. Gabby Hew Vui Han selaku wakil pertandingan 37th Worldskills Competition 2003 di St. Gallen Switzerland dalam bidang Pendawaian Eletrik. Setelah 10 tahun beroperasi, ILPKK telah melahirkan 3065 pelajar dalam pelbagai bidang. Pihak ILPKK juga turut berkerjasama dengan industri-industri berdekatan antaranya Petronas, Sabah Electricity Sdn. Bhd dan Tan Chong Motor.

Alamat: JALAN 3 KKIP SELATAN, KOTA KINABALU INDUSTRIAL PARK, 88460 KOTA KINABALU, SABAH
Telefon Pejabat/Bimbit: 088499825
Faks: 088499851
E-mel: p.ilpkk@mohr.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) KOTA KINABALU.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Bangunan MKN Embassy Techzone Blok B,
No. 3200 Jalan Teknorat 2 63000 Cyberjaya,
Sepang Selangor Darul Ehsan.

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: mytc@jdn.gov.my
Peneraju Projek
Jabatan Digital Negara  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u