Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail (IPGM KDRI) didirikan di atas kawasan seluas 64.192 ekar. Terletak kira-kira 25 kilometer ke utara bandar Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu. Bertempat di kawasan Wakaf Tengah, mukim Batu Rakit dahulunya merupakan kawasan paya yang diselang-seli dengan tanah rendah yang ditumbuhi oleh anak-anak kayu. Institut ini mula dibina pada tahun 1977 dan siap pada bulan Oktober 1980 di bawah rancangan pinjaman Bank Dunia dengan perbelanjaan keseluruhannya pada peringkat awal berjumlah $9.223 juta. Institut ini menduduki tempat kedua puluh enam dalam senarai institusi perguruan di negara ini. IPG Kampus Dato' Razali Ismail adalah institut perguruan berasrama penuh yang dilengkapkan dengan kemudahan asas yang moden. Sistem pentadbiran institut ini bermula pada bulan Oktober 1980. Manakala pengambilan guru pelatih kumpulan pertama bagi sesi 1981/1983 bermula pada 4hb Mei 1981
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL.
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.