Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang sebelum ini di kenali sebagai Maktab Koperasi Malaysia (MKM) adalah merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini. Ketika ditubuhkan dalam tahun 1956, keperluan kewangannya dibiayai oleh Colonial Welfare dan Development Fund, manakala kerajaan pula telah memberikan sumbangan yang amat besar bagi menggalakkan pembangunan IKMa keseluruhannya. Dalam tahun 1968, IKMa telah diiktiraf sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 yang di luluskan oleh Parlimen pada 11 September 1968. Sesuai dengan peredaran masa, Parlimen telah meluluskan Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan)(Pindaan ) 2011[Akta 1398] yang mula berkuatkuasa pada 1 September 2011 bertujuan untuk memperkemaskan tadbir urus IKMa supaya dapat merancang dan menjalankan program yang inovatif dan kreatif bagi meyokong pembangunan gerakan koperasi. IKMa pernah diletakkan di bawah beberapa kementerian antaranya Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Pada tahun 2009, IKMa telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Terkini IKMa di letak bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT KOPERASI MALAYSIA.
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.