Pusat Latihan Awam kementerian Pertahanan (PLATIH) adalah pusat latihan di bawah Kementerian Pertahanan yang berperanan bagi meningkatkan kompetensi warga Kementerian Pertahanan. Ia adalah bangunan bersejarah yang telah dibina sejak 1920-an lagi. Rekabentuknya yang dipengaruhi konsep tudor sesuai dengan jolokkan nama 'little Britain' bagi kawasan Bukit Fraser. Pada asalnya, ia adalah Pusat latihan Tentera British yang telah di ambil alih oleh Kementerian untuk dijenama semula sebagai sebuah Pusat latihan untuk kakitangan Awam yang berkonsepkan Kem Tentera atau 'Summer Camp'. Terdapat tiga buah banglo dan sebuah bangunan asrama yang boleh memuatkan peserta program sehingga maksimum 60 - 80 orang peserta. Lokasi nya yang terletak di tanah tinggi Bukit Fraser membuatkan ia menjadi sebuah Pusat Latihan pilihan untuk memberi alternatif dalam melaksanakan kursus dan program anjuran Jabatan Kerajaan yang inginkan kelainan dan ketenangan jauh dari kesibukan bandar.
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi PUSAT LATIHAN AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN (PLATIH) BUKIT FRASER.
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.