Pengenalan Pusat Latihan KEMAS (PLK) Kepala Batas merupakan salah-satu Pusat Latihan KEMAS yang tertua di Malaysia. Terletak di atas sekeping tanah seluas 1.1 hektar di lot 2832. Jaraknya dari Pekan Kepala Batas hanyalah sekitar 1 km sahaja. Pusat Latihan ini pada mulanya dikenali sebagai Taman Asuhan (RIDA) Kepala Batas dan telah dirasmikan oleh Y.A.B. Wong Paw Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu pada 15hb Ogos 1963. Pusat Latihan ini berfungsi sebagai pusat untuk melatih pelbagai ilmu dan kemahiran kepada kakitangan KEMAS mahupun masyarakat awam dan diletakkan di bawah pengawasan Pengarah Bahagian Latihan dan Kemajuan Kerjaya, Jabatan Kemajuan Masyarakat Ibu Pejabat, Putrajaya
Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi PUSAT LATIHAN KEMAS KEPALA BATAS.
Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.