INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR)

 dilihat 4829 kali

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri atau lebih dikenali sebagai IDFR telah ditubuhkan pada 1 Julai 1991 di bawah Jabatan Perdana Menteri susulan keputusan Kabinet pada 6 Mac 1991. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada tahun yang sama iaitu pada 12 Ogos 1991 oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Pada 27 Mac 2001, IDFR secara rasminya telah menjadi sebahagian daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia. Selepas perpindahan Wisma Putra ke lokasi baru di Putrajaya, tapak lama kementerian telah dijadikan kampus IDFR. Kampus baru yang terletak di Jalan Wisma Putra telah dibuka secara rasmi pada 2006. Sebagai pusat latihan bagi KLN, IDFR mengendalikan program-progran latihan bagi pegawai-pegawai diplomatik Malaysia serta pegawai-pegawai dari kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Selain daripada kursus teras yang ditawarkan oleh pihak IDFR iaitu kursus latihan diplomatik, IDFR juga menyediakan latihan kemahiran professional bagi membantu pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat. Program-program latihan tersebut bertujuan untuk melengkapkan pegawai dengan kemahiran dan pengetahuan bagi menghadapi cabaran ketika melaksanakan tugasan baik di dalam negera mahupun luar negera. Selain itu, para peserta kursus di IDFR turut ditawarkan untuk mempelajari bahasa-bahasa asing seperti bahasa Mandarin, bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan juga bahasa Arab. Menerusi kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), IDFR menawarkan program pasca-siswazah pada pengajian peringkat sarjana dalam bidang Diplomasi dan Strategi. Pengajian sepenuh masa ini mengambil masa selama tiga belas (13) bulan. Kursus-kursus latihan di IDFR juga terbuka kepada penyertaan dari lebih 136 negara, khususnya kepada para peserta dari negara-negara sedang membangun di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) serta dari negara-negara ASEAN, Rancangan Colombo dan negara-negara Komanwel. Peserta kursus di IDFR turut berpeluang mengikuti pelbagai seminar, bengkel dan perbincangan meja bulat yang dihasilkan IDFR, termasuk juga dengan mengikut siri syarahan umum pemimpin-pemimpin ulung dunia serta orang-orang kenamaan. Antara yang pernah menyampaikan syarahan umum ini termasuk Khatami, Ahmadinejad, Raja Nazrin, Jesse Jackson, Haris Siladzic, Nelson Mandela, Kofi Anan, Sultan Hassanal Bolkiah, Allahyarham Benazir Bhutto dan Allahyarham Yasser Arafat.

Alamat: Jalan Wisma Putra, 50460 WP Kuala Lumpur
Telefon Pejabat/Bimbit: 03-21491000
Faks: 03-21445640
E-mel: info@idfr.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR).



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u