INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) BACHOK

 dilihat 12234 kali

IKBN Bachok mula dibina pada 1 November 1999 dengan memulakan kerja-kerja pembinaan tapak. Pembinaan ini dijalankan di atas keluasan tanah 48 ekar di Kampung Tangok, Bachok. Binaan kompleks IKBN Bachok terdiri dari bangunan pentadbiran, dewan serbaguna, bangunan sekolah (Automotif, Hospitaliti dan Binaan) yang mempunyai bengkel-bengkel latihan kemahiran, kantin, asrama lelaki dan perempuan, surau, rumah kakitangan, padang permainan, gelanggang sukan dan padang kawad. Kedudukan lokasi IKBN Bachok ini pada 35 km dari Bandar Kota Bharu. Pada 1 Ogos 2002, IKBN Bachok telah memulakan operasinya. Manakala pada januari 2003 pengambilan pelajar pertama dilaksanakan. Kursus awal yang dijalankan di IKBN pada pengambilan pertama ialah Kursus Penyenggaraan Jentera Berat, Penyenggaraan Kenderaan Perdagangan, Penyenggaraan Kenderaan Bermotor, Ketuk Mengetuk dan Semburan Cat, Lukisan Senibina, Landskap Nurseri dan Binaan Bangunan. IKBN Bachok juga menjalankan konsep latihan bersepadu yang terdiri daripada komponen latihan kawad dan disiplin, latihan kemahiran teori dan praktikal, keagamaan dan kerohanian, kepimpinan dan ketatanegaraan, sukan, rekreasi dan kecergasan serta pendidikan dan keusahawanan. Penubuhan IKBN Bachok ini dijadikan sebagai pusat ‘Kecemerlangan Kejuruteraan Awam. 1.2. OBJEKTIF i. Melahirkan belia yang berketerampilan dalam bidang kemahiran yang diceburi bagi pembangunan agama, bangsa dan Negara. ii. Menerapkan nilai-nilai agama, displin, jati diri, semangat patriotic dan kepimpinan kepada belia kearah kesinambungan pembangunan Negara. iii. Menyediakan peluang-peluang kemahiran dan teknikal kepada pelajar sebagai memenuhi program yang dikendalikan oleh IKBN (B) dan berpandukan noss MLVK. iv. Mewujudkan perhubungan mantap dan perkongsian bijak (Smart Partnership) dengan jabatan kerajaan, agensi swasta, badan-badan kemahiran dan teknikal di seluruh Negara. v. Merealisasikan IKBN sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan awam. 1.3. MISI Membuat kajian, perancangan dan pengendalian kursus yang berkaitan dengan latihan kemahiran dan pembangunan insane serta mewujudkan perhubungan mantap dan perkongsian bijak dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta bagi menghasilkan keberkesanan dan kesesuaian untuk masa kini dan menepati kehendak pembangunan sumber manusia negara. 1.4. VISI Merancang, membentuk dan melahirkan generasi belia yang berwawasan dan berketerampilan dalam bidang kemahiran yang diceburi dan pembangunan insan serta berdisplin ke arah merealisasikan pembangunan agama, bangsa dan Negara

Alamat: Kg. Tangok
Telefon Pejabat/Bimbit: 097787700
Faks: 097787712
E-mel: Ikbn_bachok.kbs@1govuc.gov.my
:
:
 
 

  • Internet
  • WiFi Percuma
  • Penghawa Dingin

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) BACHOK.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u