INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU , MELAKA

 dilihat 25443 kali

1

Pada tanggal 31 Januari 1935, The Malay Women’s Training College (MWTC) dibuka secara rasminya oleh kerajaan Negeri-Negeri Selat. Pihak kerajaan kolonial British pada ketika itu telah mengubah suai blok-blok bangunan lama Hospital Melaka di Durian Daun, Melaka untuk dijadikan maktab perguruan.

Pengetua pertama MWTC ialah Cik Purdon iaitu bekas Penyelia Wanita Sekolah-Sekolah Melayu, Negeri-Negeri Selat dan pembantunya Cik M. Lomas. Pengambilan pertamanya ialah sebanyak 24 orang pelatih yang dibuat secara menyeluruh iaitu 14 orang dari Negeri-Negeri Selat dan 10 orang dari Negeri-Negeri Melayu. Pelatih-pelatih adalah lulusan Darjah 5 Sekolah Melayu yang berjaya melalui proses temu duga yang dijalankan oleh Bahagian Pelajaran.

Tujuan MWTC ditubuhkan adalah untuk melatih guru wanita Melayu khususnya bagi sekolah rendah perempuan, aliran Melayu. Maka, kurikulum guru lebih cenderung kepada mata pelajaran seperti Sains Rumahtangga, Ilmu Kira-Kira, membaca dan menulis rumi. Pelatih mempelajari keseluruhan sukatan pelajaran untuk sekolah perempuan dari darjah 1 hingga darjah 5. Pada peringkat awal penubuhannya, lulusan maktab ini dianugerahi sijil perguruan kemudiannya diploma perguruan dan apabila dinaik taraf sebagai Insitut Pendidikan Guru maka guru pelatih dianugerahi ijazah pertama perguruan.

Selepas merdeka, maktab ini  bertukar namanya kepada Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM), Institut Perguruan Perempuan Melayu (IPPM) dan mulai 25 Ogos 2008 dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPG KPM). Sepanjang 75 tahun penubuhannya, MWTC/MPPM/IPPM/IPG KPM  dianggap unik kerana maktab ini satu-satunya institusi latihan guru yang melatih bakal guru-guru perempuan, berketurunan Melayu dan beragama Islam. Sejak penubuhannya, institut pendidikan ini telah menghasilkan lebih dari dua puluh ribu guru pelatih. Guru-guru lepasan MWTC/MPPM/IPPM/IPG KPM banyak yang berjaya dalam bidang pendidikan, politik, kesusasteraan dan menjadi role model dalam kalangan masyarakat.

Kini, IPG KPM terus berkembang seiring dengan arus globalisasi. Lantaran itu, KPM sebagai satu-satunya IPG yang semua guru pelatihnya perempuan mula memacu usaha untuk merealisasikan kebitaraan latihan keguruan dalam bidang Prasekolah , Pendidikan Khas dan Sejarah dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Alamat: JALAN TUN FATIMAH, DURIAN DAUN, 75400 MELAKA
Telefon Pejabat/Bimbit: 06-2824827
Faks: 06-2818467
E-mel: adminila@ipgkpm.edu.my
:
:
 
 

  • Khidmat Bilik
  • Parking
  • Sesuai untuk Majlis
  • Penghawa Dingin
  • Pusat Kecergasan
  • Kawasan Selamat
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU , MELAKA, JALAN TUN FATIMAH, DURIAN DAUN, 75400 MELAKA

Tiada ulasan oleh pengguna... Anda boleh menjadi orang PERTAMA yang memberi ulasan bagi INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU , MELAKA.



Anda mestilah log masuk terlebih dahulu untuk melihat halaman ini! Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.





Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Aras 1-6, Setia Perdana 2,Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia.,

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: pmo1mtc@digital.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u