Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Pembatalan dan Pembayaran Kembali

 

Syarat Pembatalan

1.Pembatalan tempahan fasiliti, kursus dan asrama boleh dilakukan secara atas talian.

2.Tempoh sah pembatalan adalah bergantung kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Latihan Awam (ILA)/Agensi yang berkaitan. Penempah disaran merujuk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh ILA/Agensi yang berkaitan.

Syarat Pembayaran Balik

1.Pembayaran kembali adalah bergantung kepada polisi serta terma dan syarat ILA/Agensi berkenaan.

2.Proses pembayaran kembali dilakukan secara luar talian di antara ILA/Agensi dan juga penempah. Penempah perlu menghubungi ILA/Agensi berkenaan bagi mengetahui proses pembayaran kembali.

3.Pihak pengurusan MyTC sama sekali tidak terlibat di dalam proses pembayaran kembali.

4.Jumlah bayaran kembali mungkin kurang daripada jumlah yang pernah dibayar oleh penempah. Ini kerana untuk bayaran di atas talian, caj bayaran atas talian akan dikenakan seperti jadual di bawah.

5.Caj-caj lain mungkin dikenakan bergantung kepada polisi serta terma dan syarat yang dikenakan oleh pihak ILA/Agensi.

Jenis Bayaran

Jumlah Caj

Debit Terus

RM0.50

Kad Kredit

1.8% dari amaun bayaran


6. Sebagai alternatif, anda boleh mengemukakan aduan kepada mytc@jdn.gov.my sekiranya tidak berpuashati dengan penyelesaian aduan oleh ILA/Agensi berkenaan.



Bilangan Pelawat

small logo
Hak Cipta © 2024
Hak Cipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome
Bantuan Teknikal

JABATAN DIGITAL NEGARA
Bangunan MKN Embassy Techzone Blok B,
No. 3200 Jalan Teknorat 2 63000 Cyberjaya,
Sepang Selangor Darul Ehsan.

Tel: +603-8000 8000
Faks: +603-8888 3163
E-mel: mytc@jdn.gov.my
Peneraju Projek mampu logo  epu logo
Rakan Strategik
jpm    bpa    jpa    mindef    ksm    kklw    kbs    1m4u